Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Sihat ke? Harap semua sihat belaka.
Korang dah tau belum HAUS ada keluarkan produk baru. Ada 4 baby baru. Salah satunya adalah blusher! Saya gembira HAUS makin berkembang dari segi produk kosmetik. Saya doakan HAUS akan keluarkan lagi kosmetik baru. Produk HAUS sahaja yang saya yakin nak guna sebab HALAL. Confirm halal siap ada sijil tau.
Posting kali ini saya nak cerita pasal jenis blusher yang ada kat dunia ni. Selepas saya buat research sikit, saya jumpa 10 jenis blusher yang wujud. No. 5 tu jenis blusher yang HAUS baru keluarkan.
Blusher ni atau dalam Bahasa Melayu pemerah pipi bagi saya bantu naikkan seri wajah si pemakai. Tidak wajib ada dalam simpanan tapi mungkin boleh digunakan untuk majlis tertentu.
Jom kita baca jenis blusher yang ada.
10 Jenis Blusher yang Ada di Dunia. No. 5 Paling Mudah nak Guna.
1. Cream-Based Blush
Blusher jenis cream-based sesuai untuk yang jenis kulit kering, Disarankan lembapkan kulit terlebih dahulu sebelum apply blusher jenis ini. Blusher ini jenis melekit. Seeloknya guna berus atau jari bila nak apply dan blusher ini tahan dalan 5 atau 6 jam. Blusher ini mudah nak apply dan buat kulit si pemakai nampak lembut dan bersinar.
2. Powdered / Pressed Blush
Blusher jenis ni selalu kita nampak kat kedai. Saya pun dulu selalu guna blusher powder. Blusher ini sesuai untuk yang jenis kulit kering, berminyak dan normal. Ia bantu tutup liang pori tapi pada masa yang sama berkemungkinan liang pori boleh tersumbat. Ia juga bantu tutup garis halus dan kedutan. Masalah dengan blusher powder ini adalah kesukaran untuk blend di pipi. Blusher ini boleh bertahan sehingga 7 ke 8 jam dan buat kulit si pemakai nampat matte.
3. Water-Based Cheek Tint
Blusher jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit. Negara pertama yang popular dengan jenis blusher ini adalah dari Korea. Blusher ini mempunyai fungsi 2 dalam 1 di mana ia boleh dijadikan blusher dan lip tint. Sesuai diblend menggunakan jari dan tekstur sangat ringan apabila digunakan.
4. Gel / Liquid Blush
Blusher jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit. Selalu ada dalam packaging tiub atau botol yang mempunyai pam. Blusher ini mempunyai pigmentation yang tinggi dan sesuai diblend menggunakan jari atau beauty blender. Jika guna beauty blender, selepas picit sedikit amaun pada tangan, guna bahagian pointy untuk ambil. Apply blusher pada pipi menggunakan satu lagi bahagian beauty blender.
5. Stick Blush
Blusher jenis ini sesuai untuk yang jenis kulit kering dan beginner. Stick blush ni senang sebab boleh terus apply pada muka tanpa perlu menggunakan jari serta mudah untuk diblend pada muka.
6. Soft Shine Shimmer Blush
Pemakai yang suka blusher ni perlu berhati-hati apabila apply kerana takut terover bila apply sebab blusher ni jenis shine. Disaranakn guna berus besar untuk apply. Blusher jenis ini boleh pakai seharian, semasa nak pergi ke pejabat atau mesyuarat.
7. Glittery Shimmer Blush
Blusher ini lebih kurang sama dengan soft shine shimmer blush. Blusher ni ada glitter. Tidak sesuai pakai seharian. Sesuai untuk dipakai semasa keluar malam atau perjumpaan. Kena berhati-hati apabila pakai blusher ini takut overdo.
8. Tinted Blush
Blusher ni bantu pipi kita nampak "pop". Blusher ini cepat kering lepas apply pada pipi. Disarankan guna berus untuk apply. Keburukan pakai blusher jenis ini, ia susah nak hilang.
9. Cheek Stain
Blusher yang ni lebih kurang dengan tinted blush. Blusher cheek stain macam cat. Yang ni pun kena berhati-hati pakai sebab susah nak padam. Disarankan apply guna berus.
10. Mixed Blushes
Blusher yang ni melibatkan warna yang pelbagai. Boleh dipakai bergantung pada event. Perlu berhati-hati apabila memakai blusher ni. Takut warna tak kena.
So dari 10 jenis blusher ni, korang suka yang mana satu? Blusher HAUS yang baru ni jenis yang nombor 5.
10 Sebab Kenapa Semua Wajib Ada CeraGlow Blush Stick HAUS?
- Blusher stick HAUS ni bukan takat nak buat muka cantik je. Tapi dalam ni ada bahan-bahan tiptop yang bantu beri kebaikan pada kulit.
- Mempunyai fungsi 3 dalam 1 di mana selain boleh digunakan selain blusher, ia juga boleh digunakan sebagai gincu dan eyeshadow.
- Senang nak apply sebab blusher HAUS ni jenis stick
- Tekstur cream-to-powder di mana terasa ringan apabila dipakai pada muka
- Menggunakan teknologi Functional-Fragrance yang memberi manfaat pada kulit
- Mengandungi minyak aromaterapi di mana ia bantu legakan tekanan
- Tahan lama dan berpigmen
- Mudah dibawa ke mana-mana kerana saiz yang comel
- Tiada bahan berasaskan haiwan. Bebas alkohol dan paraben.
- Ada 2 kod warna yang sangat cantik iaitu Peach of Mind dan Pinky Promise
Best tak blusher HAUS ni? Saya jamin takde blusher HAUS kat market luar yang sama macam blusher HAUS ni. Bantu kita nampak cantik dan sihatkan kulit muka kita pada yang sama. So, apa tunggu lagi. Jom dapatkan CeraGlow Blush Stick HAUS sekarang! Klik je link produk kat bawah.
Your Prettypreneur,
Nurul Ain Binti Hassan
HAUS Guardian Gombak, Kuala Lumpur.
Skin first. Makeup second. Smile always.