7 Tanda Kita Salah Pilih Foundation. Tanda Terakhir Paling Saya Tak Suka!

7 Tanda Kita Salah Pilih Foundation. Tanda Terakhir Paling Saya Tak Suka!

Assalamualaikum korang. Selamat pagi semua!

So hari ini saya nak cakap pasal foundation. Siapa sini peminat foundation angkat tangan sikit.

Kalau korang nak mekap simple, boleh je cuba pakai foundation. Tapi yang penting kena pilih founadtion yang sesuai dengan kulit kita. Silap pilih nanti jadi lain pula.

Jom saya kongsi 7 tanda apabila kita tersalah pilih foundation. Poin terakhir tu rasanya paling teruk. Huhu

7 Tanda Kita Salah Pilih Foundation

wrongfoundation-main-1504103641

1. Muka tak nampak natural

Patutnya bila kita dah tepek foundation kat muka, kita akan  nampak natural. Kiranya macam pakai tapi tak pakai. Gitu. So, kalau nak nampak natural, kita perlu pilih kod yang sesuai dengan undertone kulit muka kita. Kita kena tau kita undertone cool atau warm.

2. Muka breakout

Ini boleh berlaku apabila formula foundation tidak sesuai dengan kulit muka dan menyebabkan muka breakout dan kemerahan. Dicadangkan guna foundation yang ada bahan treatment untuk elakkan perkara ini berlaku.

3 Muka nampak cakey

Ini boleh terjadi selepas beberapa jam kita apply foundation pada muka. Muka kita akan nampak cakey disebabkan formula foundation yang kurang sesuai dengan jenis kulit muka atau cara prep muka yang salah.

4. Muka ada nampak kedutan dan garis halus

Jika ternampak kedutan dan garis halus pada muka, berkemungkinan kita salah pilih foundation. Ini kerana salah satu tujuan kita pakai foundation adalah untuk menutup cacat cela pada muka. Disarankan untuk kita pilih foundation yang ada fungsi full coverage.

5. Terserlah liang pori

Sepatutnya selepas kita apply foundation pada muka, liang pori akan tertutup. Jika kita masih boleh nampak liang pori, ini mungkin bermakna foundation tersebut tidak sesuai dengan kulit muka. Dicadangkan pakai foundation ada fungsi primer kerana dengan adanya fungsi ini, ia membantu tutup liang pori dan menjadikan mekap kita lebih kemas.

6. Kod warna tidak sama dengan warna kulit muka

Selalunya foundation kita akan cuba pada tangan kita sebelum beli. Ini tidak digalakkan sebab tangan dan muka kita tidak mempunyai warna yang sama. Oleh itu, semasa hendak memilih kod yang betul, kita boleh cuba di bahagian jawline muka.

7. Muka rasa berat

Bila muka rasa "berat", ini bermakna kita dah tersalah pilih foundation. Untuk elakkan masalah ini, digalakkan pilih foundation berasaskan air.

Bagaimana mahu selesaikan masalah foundation ini?

7 tanda kesalahan ini boleh diselesaikan dengan satu produk dari HAUS iaitu Melty Glam Aqua Foundation.

Nak tau apa fungsi foundation HAUS yang boleh atasi 7 masalah ini?

  1. Foundation HAUS ada 5 kod warna yang sesuai dengan pelbagai kaum khususnya yang ada di Malaysia
  2. Foundation HAUS menggunakan teknologi Seboclear-MP yang bantu kurangkan jerawat, kedutan kulit, blackhead dan whitehead. Selain itu, ia bantu kecilkan liang pori dan tingkatkan ketegangan kulit.
  3. Foundation HAUS adalah berasaskan air dan bantu atasi masalah seperti muka bercapuk dan "berat" kerana teksturnya yang ringan.
  4. Foundation mempunyai fungsi full coverage di mana ia membantu menutupi cela, garis halus dan kedutan di muka.
  5. Foundation HAUS juga mempunyai fungsi primer di mana ia membantu menutup segala liang pori dan ia tidak menyebabkan pori tersumbat.

foundation10

So korang tunggu apa lagi? Jom dapatkan Melty Glam Aqua Foundation HAUS sekarang. Klik je link produk kat bawah.



    

Related products