Physical Exfoliator VS Chemical Exfoliator: Yang Mana Satu Pilihan Terbaik?

Physical Exfoliator VS Chemical Exfoliator: Yang Mana Satu Pilihan Terbaik?

Assalamualaikum korang. Selamat pagi! Lamanya dah tak menulis blog. Sekarang baru ada kesempatan.

Kali ini,saya nak cerita pasal SKRUB!

Apa yang korang selalu dengar pasal skrub? Saya selalu dengar orang cakap skrub tak boleh guna selalu sebab tekstur dia kasar. Korang pernah dengar tak ni?

Nanti saya cerita sebenarnya ada skrub yang kita boleh setiap hari dan teksturnya sangat lembut dan tidak mencederakan kulit. Tunggu sampai akhir penulisan saya.


APA ITU PENGELUPASAN SEL KULIT MATI (AKA EXFOLIATE)?

Ia adalah satu proses buang sel kulit mati yang berada di atas permukaan kulit menggunakan chemical exfoliator, physical exfoliator atau alat pengelupasan.

Kulit kita secara semulajadi buang sel kulit mati setiap 30 hari untuk memberi pada sel baru. Kadangkala, kulit kita tak buang sel kulit mati secara keseluruhan. Ini menyebabkan kulit kita menjadi kering, pori tersumbat. Untuk hindari masalah ini, disarankan untuk membuat exfoliation.

homescrub

KELEBIHAN PENGELUPASAN SEL KULIT MATI

Merujuk pada American Academy of Dermatology, exfoliation dapat memberi kelebihan seperti:-

  1. Bantu kulit kita lebih cerah
  2. Bantu serap produk yang kita guna dengan lebih baik
  3. Bantu elak pori tersumbat dan ini mengurangkan masalah breakout
  4. Bantu tingkatkan penghasilan kolagen dalam jangka masa panjang dan ini buatkan muka  kita lebih berseri dan anjal


PHYSICAL EXFOLIATOR VS CHEMICAL EXFOLIATOR 

Apa perbezaan antara dua jenis exfoliator ini?

  1. Pysical exfoliator menggunakan exfoliator yang mengandungi bahan yang bersaiz kecil atau menggunakan alat skrub seperti pembersih skrub, sarung tangan pengelupasan, berus kering dan loofah manakala chemical exfoliator menggunakan exfoliator yang mengandungi AHA dan BHA.
  2. Kesan penggunaan physical exfoliator hanya pada dasar permukaan kulit tapi kesan penggunaan chemical exfoliator sehingga lapisan dalam permukaan kulit.
  3. Kesan penggunaan physical exfoliator adalah serta-merta tapi kesan penggunaan chemical exfoliator mengambil jangka masa yang panjang.


SOALAN YANG KERAP DITANYA TENTANG EXFOLIATOR

Bila perlu guna?

Physical exfoliator boleh digunakan pada bila-bila masa. Chemical exfoliator digalakkan guna pada waktu malam.

Berapa kerap boleh guna?

Digalakkan guna sekali sehari. Bergantung kepada keperluan kulit.

Bagaimana kalau ada kesan negatif pada kulit?

Berhenti penggunaan. Kalau masalah kulit masih berterusan, dapatkan rawatan perubatan.


DIY SKRUB MANGGA. APA TU?

Korang nak tahu tak skrub ni kita boleh buat sendiri. Jom saya nak kongsi cara nak buat skrub mangga. Aish shedapnya mangga. Lagi-lagi Mangga Harum Manis.

Mula-mula sediakan empat bahan iaitu mangga, madu, oats dan lavender essential oil.

Kopek kulit mangga dan potong mangga tersebut dalam bentuk kiub yang kecil.

Blend mangga tersebut sampai jadi puree.

Campur puree mangga tersebut bersama oats, madu dan lavender essential oil.

Letakkan bahan campuran bersama puree tadi di atas muka dan buat urutan secara membulat.

Selepas itu, basuh muka sehingga bersih.

mangga

Kelebihan Buah Mangga pada Kulit

  • Bersifat antioksidan
  • Kaya dengan Vitamin E dan Potassium yang bantu melembapkan kulit
  • Bantu sekatakan tona kulit
  • Mengandungi Vitamin A yang bantu meningkatkan penghasilan kolagen
  • Bantu mengurangkan bintik hitam
  • Mengandungi Vitamin C yang bantu mengurangkan kerosakan kulit yang berlaku disebabkan sinaran UV


Blood Orange + Algae Brightening Scrub Cleanser

photo_2021-11-07_13-21-16

Ingat lagi tak masa awal perenggan saya ada sebut ada skrub yang kita boleh guna setiap hari? Ada tau.

Memperkenalkan Blood Orange + Algae Brightening Scrub Cleanser yang kita boleh guna setiap hari.

Antara dua bahan utama dalam skrub ini adalah:-

  1. Blood Orange - Teknologi ini dari Itali dan buah ini mengandungi 25 kali ganda Vitamin C dari buah oren biasa. Vitamin C terkenal dengan fungsi pencerahan kulit. Bayangkan kulit kita apabila kerap menggunakan scrub cleanser HAUS ni
  2. Algae - Teknologi ini pula dari Perancis di mana ia bantu melembapkan dan menganjalkan kulit. Bahan ni kalah aloe vera tau.

Kenapa saya cakap scrub cleanser HAUS ni boleh digunakan setiap hari? Sebab biji skrub dia SANGATTTTT HALUS dan semestinya tidak mencederakan kulit kita. Biji scrub dalam scrub cleanser HAUS ni dibuat daripada bahan yang bernama Celluloscrub yang fungsinya lebih kurang sama seperti skrub dibuat daripada polyethylene. Bahan ini juga telah memenangi pingat gangsa dalam In-cosmetics Award 2015.

                              biji skrub

Kebanyakan pencuci muka skrub di pasaran menggunakan bahan yang kasar yang boleh mencederakan kulit. Pada zaman dahulu, kebanyakan pencuci muka skrub menggunakan plastik untuk dijadikan skrub. Bahan ini boleh menyebabkan pencemaran air dan boleh membahayakan haiwan perairan.


AHA & BHA Exfoliating Toner

Selalunya chemical exfoliator mengandungi bahan yang terdiri daripada AHA dan BHA.

photo_2022-01-31_11-25-32

Apa yang perlu anda tahu tentang AHA?

  • Sekumpulan asid yang larut air
  • Biasa diperoleh daripada buah-buahan bergula
  • Kelebihan:-
    - Bantu mengelupas permukaan kulit supaya sel kulit baru boleh menggantikan sel kulit lama
    - Bantu mengurangkan tanda penuaan, melasma, parut dan kedutan
    - Bantu mengecilkan liang pori
    - Bantu sekatakan tona kulit
  • AHA yang popular adalah:-
    - Asid Glikolik - Asid dari tebu
    - Asid Laktik - Asid dari susu, jeruk sayur
    - Asid Sitrik - Asid dari buah yang bersitrus
    - Asid Tartarik - Asid dari anggur
    - Asid Malik - Asid dari epal

Apa yang perlu anda tahu tentang BHA?

  • Sekumpulan asid yang larut minyak
  • Kelebihan BHA adalah bantu membersihkan liang pori dari lebihan minyakdan sel kulit mati
  • Asid Salisilik selalu dikaitkan dengan BHA di mana ia bantu merawat masalah jerawat dan kulit kemerahan.

Untuk info semua, perlu berhati-hati kalau nak guna AHA dan BHA. Takut memberi kesan negatif pada kulit. Yang penting buat patch test dulu. Yang penting ambil tahu berapa peratus asid yang ada dalam AHA & BHA.

Contohnya, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan maksimum 10% Asid Glikolik  sahaja yang dibenarkan untuk kegunaan orang awam dan maksimum 20% Asid Glikolik sahaja untuk kegunaan perubatan.

Insyaallah, semua produk HAUS mengikuti ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kulit orang jangan buat main-main tau. Contohnya, dalam AHA & BHA Exfoliating Toner, terdapat Asid Salisilik sebanyak 2% sahaja di mana ia membersihkan liang pori tersumbat dengan berkesan. Tapi, untuk menjadikan sesuatu produk tu bagus, ia memerlukan kombinasi bahan dan peratus yang betul. Itulah kelebihan founder HAUS yang juga tulang belakang yang membuat formulasi produk HAUS.

Amacam? Dah buat keputusan nak guna physical exfoliator atau chemical exfoliator? 

Pada pendapat saya, gunalah kedua-dua produk ini untuk menghasilkan kulit muka yang cantik.

Kalau korang nak cuba exfoliator HAUS, boleh klik produk kat bawah ni.

Itu sahaja. Semoga dapat manfaat dari penulisan saya. Jumpa lagi artikel akan datang!

Your Prettypreneur,
Nurul Ain
HAUSIES Gombak
Skin first. Makeup second. Smile always

Related products